Sedia berkhidmat 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda termasuk pada hari cuti am. Perkhidmatan kami merangkumi lawatan ke rumah dan perundingan melalui telefon pada bila-bila masa sahaja.
No. 67-G, Jalan SS2/2,
Kelana Jaya, 4730 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
603 7877 7202
603 7877 8202
nursing@hnp-mobilenursing.com
604 229 9202
606 553 3202
Laman Utama Produk
Penjagaan Stoma (dengan kerjasama BBraun).

Penjagaan rapi adalah penting di dalam memastikan keselamatan dan pengurangan risiko komplikasi yang biasa dikaitkan dengan stoma. Produk yang kami bawakan turut mengambil kira keperluan psikologi pesakit di mana peralatan yang digunakan tidak menonjol, lembut serta selesa untuk kegunaan pesakit. Keperluan penjaga kesihatan profesional di hospital dan komuniti juga diambil kira dengan produk kami yang mudah dipelajari dan digunakan, seterusnya menjimatkan masa dan kos.

  • Sistem satu unit.
  • Sistem dua unit.
  • Pengairan (irrigation).
  • Aksesori dan sistem saliran.
Rawatan Penjagaan Luka dan Kulit (dengan kerjasama BBraun).

Luka yang sukar sembuh dan berpanjangan boleh membawa kepada masalah sosial yang kritikal, antaranya ianya boleh menyebabkan pesakit terasing atau tidak berupaya untuk bekerja. Ini akan memberi kesan yang mendalam kepada kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Di dalam menangani isu ini, B.Braun menawarkan konsep yang menyeluruh: pembersih luka Prontosan(R) dan penutup luka Askina(R) bagi penjagaan luka kronik untuk pengurusan luka yang optima di dalam memastikan pembentukan tisu granulasi sihat yang pantas dan akhirnya menutup luka.

  • Penyediaan katil rawatan luka.
  • Antiseptik luka.
  • Terapi luka yang lembap.
  • Pembalut asas.
Set Terapi Oksigen di Rumah (dengan kerjasama MOX-Linde Gases).

HNP dengan kerjasama MOX-Linde Gases menyediakan bekalan oksigen untuk rawatan di rumah yang tulen dan diyakini. Juruteknik kami adalah terlatih untuk membantu anda di dalam memasang dan menunjuk ajar cara penggunaan set terapi oksigen ini.

Hubungi kami
Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang kami bawakan, sila hubungi 603 7877 7202 atau email kami di nursing@hnp-mobilenursing.com