![]() Mengapa pilih khidmat kejururawatan di rumah / kejururawatan bergerak?
Keperluan dan minat yang semakin mendalam terhadap perkhidmatan kejururawatan di rumah / kejururawatan bergerak telah berkembang kerana pelbagai faktor. Antaranya, peningkatan dari segi pengetahuan dalam bidang perubatan dan pencapaian teknologi. Banyak rawatan yang suatu ketika dulu hanya boleh dilakukan di hospital kini juga boleh dilakukan di rumah. Perkhidmatan kejururawatan di rumah biasanya adalah lebih kos efektif dan seringkalinya berkesan seperti rawatan (bukan perubatan) di hospital atau rumah penjagaan. Faktor keselesaan dan kemudahan pesakit juga mendorong kebanyakan pesakit dan ahli keluarga memilih untuk menjalani proses pemulihan atau pejagaan berpanjangan di persekitaran rumah. Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan kesihatan di rumah dan perkhidmatan Jururawat Bergerak?
Maksud terma "penjagaan kesihatan di rumah" adalah perkhidmatan sosial dan kesihatan manakala "Jururawat Bergerak" bermaksud mobiliti perkhidmatan kejururawatan kami dari rumah ke rumah atau di mana sahaja pesakit berada. Penjagaan di rumah adalah satu alternatif kepada pesakit selain daripada tinggal di hospital untuk jangkamasa yang lama ataupun tinggal di rumah penjagaan. Pada lazimnya, penjagaan kesihatan di rumah adalah sesuai bagi pesakit yang memilih untuk tinggal di rumah tetapi masih memerlukan bantuan penjagaan yang tidak dapat diberikan oleh ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Ianya adalah opsyen yang meliputi penjagaan kejururawatan berkemahiran tinggi, bantuan asas, terapi fizikal dan pekerjaan (occupational therapy), kebersihan peribadi mahupun penjagaan sepenuh masa. Bolehkah saya memilih agensi perkhidmatan kesihatan yang diingini?
Ya. Anda berhak untuk memilih agensi perkhidmatan kesihatan yang anda inginkan untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang diperlukan. Pihak kami akan sentiasa bekerjasama dengan doktor peribadi dan pusat rawatan anda untuk memastikan kesihatan anda kembali pulih pada tahap optimum. Sebagai contoh, andaikan ibu anda dimasukkan ke hospital atau rumah penjagaan kerana kecederaan yang dialami akibat terjatuh. Selepas discaj, ibu anda akan memerlukan bantuan penjagaan di rumah untuk memastikan dia sembuh sepenuhnya di samping menikmati kebebasannya di rumah. Ibu anda bebas untuk memilih mana-mana agensi penjagaan yang beliau berasa selesa. Tidak semestinya dia memilih untuk tinggal di hospital mahupun di rumah penjagaan. Berapa cepat perkhidmatan dapat disediakan?
Secara umumnya, perkhidmatan yang disediakan oleh HNP boleh bermula dalam tempoh 48 jam atau kurang. Bolehkah saya ubah jadual yang telah ditetapkan sekiranya saya mempunyai temujanji lain?
Perubahan masa boleh dibuat dengan semudah satu panggilan telefon sahaja kepada staf koordinator kami. Bagaimana penjaga saya dipilih?
Kesesuaian jururawat akan dipiilh berdasarkan kepada keperluan penjagaan anda. Ini termasuklah keupayaan, kualiti dan kemahiran penjaga kami. Kami amat prihatin di dalam proses pemilihan ini bagi menjamin keselesaan pesakit. Justeru itu, kesemua jururawat kami di Home Nursing Providers akan disaring, diuji dan dilatih berasaskan standard kami yang amat tinggi sebelum tugasan pertama mereka. Apakah bentuk pembayaran yang diterima?
Pembayaran boleh dibuat melalui cek, wang tunai atau perbankan internet. |









